Map Editing: Difference between revisions View history

(First move from MS-MY page)
 
m (edit 1st para)
Line 9: Line 9:
{{EN-MY QuickNavi/Editing | expand=yes}}
{{EN-MY QuickNavi/Editing | expand=yes}}


Selamat datang ke bahagian Wiki khusus untuk suntingan peta Waze. Anda akan mendapati semua maklumat yang diperlukan untuk membolehkan anda membuat suntingan peta dengan betul dalam antara muka edit atas talian iaitu Waze Map Editor (WME).
Welcome to the special Wiki for Waze map editing. You will find all information needed to begin editing correctly in the Waze Map Editor (WME), our online map editing interface .


TIGA kata kunci yang menjadi panduan semua tindakan penyunting peta ialah
TIGA kata kunci yang menjadi panduan semua tindakan penyunting peta ialah

Revision as of 13:16, 16 July 2017

This new page is currently undergoing modifications. The information presented should be considered a draft, not yet ready for use. Content is being prepared by one or more users. Do not make any changes before you post a message in this forum.
Home HomeApplication ApplicationEditing EditingCommunity CommunitySupport Support


Welcome to the special Wiki for Waze map editing. You will find all information needed to begin editing correctly in the Waze Map Editor (WME), our online map editing interface .

TIGA kata kunci yang menjadi panduan semua tindakan penyunting peta ialah

« Kegunaan, Kemudahan, Pemeliharaan »

Pastikan bahawa suntingan anda adalah berguna kepada masyarakat, memastikannya semudah mungkin dan memelihara unsur-unsur pemetaan yang sedia ada.

Elakkan dari mengemas kini peta Waze tanpa membaca Amalan Terbaik terlebih dahulu.


Jika anda menghadapi kesukaran

Tindakan Refleks Pertama: Saya boleh merujuk kepada Wiki

Anda berada di tempat yang betul! Di sini, dalam Wiki Malaysia inilah yang anda perlu cari penyelesaiannya. Maklumat di sini merupakan garis panduan yang perlu diikuti oleh setiap penyunting peta di Malaysia bagi memastikan keselarasan suntingan peta.

Anda boleh menggunakan kotak carian di sebelah kiri bahagian atas Wiki, tetapi enjin cariannya tidak secanggih Google dan ia mungkin lebih mudah untuk menggunakan panel ' Navigasi Pantas ' di bahagian atas setiap halaman Wiki Malaysia untuk mencari topik yang sesuai untuk anda.

Berhati-hati ketika mencari panduan suntingan peta dari negara lain dalam wiki ini, kerana setiap garis panduan di Wiki negara masing-masing adalah khusus untuk negara tersebut sahaja dan tidak semestinya sah digunapakai di Malaysia.


Tindakan Refleks Kedua: Saya boleh meminta bantuan daripada penyunting lain

Anda boleh meminta bantuan daripada penyunting lain. Mereka yang lebih berpengalaman boleh memberikan nasihat yang anda perlukan. Anda boleh menghubungi mereka:

  1. Daripada Forum Perbincangan. Pertanyaan yang serupa mungkin telah dibuat sebelum ini. Perhatikan dahulu mesej-mesej yang telah dihantar sebelum anda menghantar mesej yang baru dalam kategori yang betul.
  2. Daripada fungsi Mesej Pantas (Sembang) di antara muka atas talian (WME, Waze Map Editor)


Syarat Penggunaan Sumber Peta

Syarat-syarat Penggunaan Google Waze melarang penggunaan Imej Udara/Satelit dan StreetView selain daripada melalui Penyunting Peta Waze (WME) sahaja. Imej Udara Google dan Google StreetView merupakan satu-satunya sumber di mana Waze dilesenkan penggunaannya.

Sekatan ini juga dikenakan kepada anda. Anda dibenarkan untuk menggunakan Imej Udara/Satelit Google dan Google StreetView sebagai rujukan (seolah-olah anda melihat peta dalam atlas). Selain daripada sumber-sumber ini, anda tidak boleh menghasilkan semula maklumat daripada peranti pemetaan lain.

' Sekiranya anda tidak mematuhi peraturan ini, Waze terpaksa membatalkan semua suntingan yang dibuat oleh semua penyunting peta Malaysia sepanjang tempoh plagiarisme tersebut berlaku. '

Waze pernah menghapuskan semua peta dari Chile dan negara-negara lain di Amerika Selatan atas sebab sumber data yang tidak dibenarkan telah digunakan oleh penyunting tempatan.