Komuniti Waze Malaysia/Mata, Pangkat dan Kedudukan

From Wazeopedia

< Komuniti Waze Malaysia

Revision as of 00:43, 6 July 2017 by Wottem (talk | contribs) (2 semakan diimportkan)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)

Anjung AnjungAplikasi AplikasiSuntingan SuntinganKomuniti KomunitiBantuan Bantuan

Mata, Pangkat dan Kedudukan link to this section

Waze menggunapakai mekanisme yang ditetapkan untuk memberi ganjaran hasil sumbangan daripada pengguna kepada komuniti Waze. Ini diterjemahkan kepada anugerah pangkat dan kedudukan anda berbanding dengan pengguna lain di negara anda atau di seluruh dunia.

Lebih banyak anda memandu, lebih banyak anda menyumbang

Hanya dengan mengaktifkan Waze sewaktu pemanduan anda, ianya pasti memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. Kelajuan anda sahaja (walaupun bukan dalam mod Navigasi) akan menyumbangkan maklumat yang sangat bernilai mengenai kesesakan aliran lalu lintas, dan untuk mengira laluan yang optimum kepada semua pengguna lain di kawasan anda.

Seterusnya, setiap jenis peristiwa yang anda lapor semasa dalam perjalanan, sama ada ianya satu kesesakan trafik, halangan di jalan raya atau keadaan jalan raya yang buruk, dan sebagainya, akan disiarkan kepada masyarakat sekeliling anda.

Setiap tindakan ini akan memberikan anda mata/skor, seterusnya peningkatan dalam kedudukan dan memberikan anda akses kepada paparan yang sedikit berbeza untuk icon mood anda pada peta Waze.

Waze level Baby.png Waze level Waze.png Waze level Shield.png Waze level Sword.png Waze level King.png

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel mengenai Mata dan Kedudukan


Suntinglah Peta untuk Kemajuan Semua

Pemetaan juga merupakan satu cara untuk menyumbang kepada keberkesanan fungsi Waze dan mendapatkan mata ganjaran. Bagi mengelakkan peta daripada dirosakkan oleh penyunting yang kurang berpengalaman, komuniti Waze telah menerbitkan satu mekanisme berperingkat berupa kawasan suntingan yang akan meningkat keluasannya secara beransur-ansur, mulai pada kawasan kecil dan di jalan-jalan sekunder (di mana suntingan yang kurang cekap tidak mengakibatkan kerosakan yang besar pada kualiti peta) sehingga akhirnya berupaya untuk menyunting keseluruhan kawasan rangkuman negara Malaysia.

Maklumat lanjut tentang kawasan suntingan akan diperincikan dalam artikel mengenai Mata dan Kedudukan